Sale
  • Campuran Roti Keto Rendah Karbo dari Rainforest Herbs
  • Campuran Roti Keto Rendah Karbo dari Rainforest Herbs
  • Kek Kelapa Coklat dengan Campuran Roti Keto Rendah Karbo

Campuran Roti Keto Rendah Karbo

  • RM18.00 MYR
  • RM18.80 MYR
Qty Price
Buy 1 RM18.00 MYR each
Buy 2 RM17.10 MYR each
Buy 3 RM16.74 MYR each
Buy 4 RM16.38 MYR each

Produk keluaran utama roti dan kek kami ini adalah 100% mesra keto, miliki kandungan karbohidrat yang sangat rendah, tinggi serat, bebas gluten dan memudahkan anda sekeluarga untuk mengikuti diet yang sihat!

Apabila kita menggunakan produk roti bebas gluten yang sangat rendah kandungan karbohidrat, ianya sukar untuk mengekalkan tekstur roti tersebut supaya tidak terlampau padat sekaligus menjadikan roti itu kelihatan ‘berat’ dan berjaya menepati citarasa kanak-kanak yang cerewet! Ia pasti mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan produk ini. Namun, tidak perlu risau kerana terdapat beribu tip-tip dan resepi percuma yang mudah untuk didapati di online hari ini berkenaan produk bebas gluten rendah karbohidrat ini.

Malah, sebenarnya hanya dengan penambahan putih telur kepada resipi roti ini sahaja mampu mengilangkan semua kegusaran kerana ia akan membantu memberi tekstur yang lebih gebu dan memberikan rasa seperti roti biasa yang sebenar. Jadi, letakkan putig telur dan kurangkan penggunaan tepung dalam formulasi anda bagi menjadikan roti lebih gebu dan tampak ringan.

Setiap pek 330gm mengandungi campuran yang cukup bagi menyediakan untuk 2 buku roti yang besar atau 14 roti bun.

Kandungan Low Carb Bread Mix (Campuran Roti Keto Rendah Karbo):

Tepung Kelapa Organik, Tepung Psyllium Seed dan Flaxseed Organik

Cara membakar 1 buku roti:

Bahan-bahan Roti

    1/2 paket Rainforest Herbs Low Carb Bread Mix bersamaan dengan 165gm

Ramuan:

  • ¾ cawan Minyak Kelapa Tanpa Bau Rainforest Herbs (atau Minyak Zaitun / Mentega)
  • 3 telur besar
  • 1 cawan air
  • 1 ½ sudu teh soda penaik
  • ¾ garam sudu (sebaik-baiknya garam laut atau garam batu Himalaya)
  • 2 sudu teh cuka kelapa (atau cuka biasa)

Untuk Membuat Putih Telur Putar

  • Putih telur (dari 6 telur besar)
  • 1 sudu teh Krim Tartar

Arahan:

  • Panaskan ketuhar hingga 180°C (350 F)
  • Sapukan minyak kelapa ke atas bekas roti berukuran 8 "x 4" (jika membuat roti biasa)
  • Campurkan semua bahan roti dan kacau sebati
  • Dalam mangkuk yang berasingan, pukul putih telur bersama Krim Tartar sehingga bertanduk dan berkilat
  • Masukkan putih telur yang telah dipukul sebentar tadi ke dalam campuran bahan roti
  • Bakar selama 55 minit atau sehingga bahagian tepi kek sudah berwarna coklat dan pastikan lidi atau garpu yang dicucukkan dikeluarkan tidak melekat.
  • Biarkan roti tersebut sejuk dalam ketuhar selama 15 minit, kemudian baru keluarkan dan biarkan sejuk sepenuhnya sebelum dipotong untuk santapan

Cadangan Roti Sihat Rainforest Herbs yang lain:

  • Roti Perancis Minyak Zaitun - ganti ½ air dengan Cuka Kelapa Organik dan ½ Minyak Kelapa Tanpa Bau dengan Tambahan Minyak Zaitun Dara dan dibakar di atas dulang yang memuatkan roti Perancis yang panjang
  • Roti Herb Focaccia – Ramuan seperti di atas dan hanya tambahkan Rosemary, Serbuk bawang putih, Oregano, Thyme, Basil dan Lada Hitam dan bakar dalam dulang roti rata.
  • Klik di sini untuk mendapatkan lebih banyak idea resepi pemakanan yang sihat.

Apa yang perlu dilakukan dengan kelebihan kuning telur? Banyak hidangan yang sihat menggunakan kuning telur dan Google juga menyenaraikan beratus-ratus resipi dengan satu klik sahaja berkenaan kegemaran peribadi kami iaitu Minyak Kelapa Mayonnaise.

Perhatian: Kami telah memilih untuk tidak menggunakan Xanthan Gum dalam campuran roti Keto kami kerana walaupun ia membantu menggantikan sifat pengikatan gluten, ia boleh mengakibatkan tubuh badan berangin dan kembung di beberapa tempat. Walau bagaimanapun ia boleh ditambah seperti yang dikehendaki untuk sifat pengikatan yang lebih besar dan untuk mengurangkan / menggantikan keperluan penggunaan telur.

Selain itu, kami lebih suka menggunakan Flaxseed-tidak hancur, kerana hanya dalam bentuk benih asli mereka dapat mengekalkan kesegaran.