Minyak Kelapa MCT 200ml
Minyak Kelapa MCT mengandungi 2 komponen minyak kelapa yang paling mudah diserap iaitu asit Kaprilat (Caprylic Acid) dan asid Kaprat (Capric Acid) yang melalui proses metabolisma di hati dengan lebih cepat untuk menghasilkan tenaga dan keton, sumber bahan penghasilan tenaga, dan minyak ini menjadi pilihan kerana tidak menaikkan gula darah atau melibatkan pengeluaran insulin.
Apabila komponen minyak ini melalui proses metabolisma dalam tubuh badan maka keton yang dihasilkan bertindak sebagai bahan bakar bersih tambahan yang menyokong banyak keperluan metabolik dan fungsi selular yang sihat. Keton pertama kali ditemui 100 tahun yang lalu di kalangan orang-orang yang berpuasa atau pengamal diet rendah karbohidrat dan tinggi lemak. Namun, ianya mengambil masa 60 tahun kemudian untuk mengetahui bahawa minyak kelapa merupakan sumber terkaya dari sebatian ini. Dengan mencampurkan Minyak Kelapa MCT ke dalam minuman kegemaran anda, pengeluaran keton semulajadi dapat dihasilkan dengan lebih mudah tanpa cabaran berpuasa. Minyak Kelapa MCT ini tiada rasa atau bau di mana anda dapat mengambilnya dengan mudah tak kira muda atau tua. Malah, ia juga boleh digunakan dalam pelbagai resepi masakan mudah yang enak!
Kegunaan
Pengamalan minuman Minyak Kelapa MCT secara tetap dengan turut mengamalkan gaya hidup sihat boleh membantu:
- Pengeluaran keton semulajadi, mengadaptasikan badan anda kepada pembakaran lemak yang lebih baik
- Meningkatkan tenaga dan prestasi sukan
- Kaedah metabolisma yang sihat dan penurunan berat badan
- Pengurangan selera makan secara semulajadi
- Peningkatan glikogen untuk atlet daya tahan
- Pemulihan yang lebih baik selepas senaman
- Bermanfaat untuk fungsi otak, ingatan dan perasaan
Bagaimana untuk mengambil?
Sebagai bahan makanan berfungsi yang ditambah ke dalam minuman, mulakan dengan 1 sudu teh (5ml) dan beransur-ansur meningkat menjadi 2 sudu teh dalam kopi, teh, smoothie, jus, atau minuman tenaga. Minyak Kelapa MCT juga boleh digunakan sebagai pengganti minyak konvensional dalam ‘salad dressing’ dan sos sebagai sumber asid lemak berfaedah. Cuba tambah secubit Garam Himalaya atau Garam Laut semulajadi untuk minuman MCT anda juga.
Dengan ini, anda pasti mampu merasai perbezaan tenaga yang ketara semasa menjalani latihan gym anda atau sekiranya anda berasa letih selepas penat berkerja di petang hari, hanya tambahkan satu sudu Minyak Kelapa MCT untuk memulihkan tenaga agar kembali segar!
Selain meningkatkan tenaga fizikal dan mental, pembakaran lemak dan penurunan berat badan, terdapat manfaat penting selain dari meningkatkan kadar metabolisme anda: dengan membantu melindungi anda dari penyakit dan kadar penyembuhan yang cepat. Apabila metabolisma meningkat, sel berfungsi pada kadar kecekapan yang lebih tinggi dan menyembuhkan kecederaan lebih cepat, sel-sel tua dan berpenyakit digantikan dengan lebih cepat, dan sel-sel baru dihasilkan pada kadar yang lebih tinggi. Malah sistem imun turut berfungsi lebih baik.