Sale
  • Serbuk herba Manjakani dari Rainforest Herbs Malaysia
  • Serbuk herba Manjakani dari Rainforest Herbs Malaysia

Serbuk Herba Manjakani 50gms

  • RM46.00 MYR
Title
Qty Price
Buy 1 RM46.00 MYR each
Buy 2 RM43.70 MYR each
Buy 3 RM42.78 MYR each
Buy 4 RM41.86 MYR each

Manjakani or Quercus infectoria gall nuts are a potent antioxidant and astringentManjakani atau Kacang Oak Gall adalah herba purba yang terkenal dengan fungsinya bagi menjaga kesihatan wanita. Berasal dari Persia dan didagangkan ke seluruh dunia selama berabad di sepanjang laluan rempah kuno, Manjakani merupakan herba yang kaya dengan tannin atau lebih spesifik, gallotannin, yang bersifat antioksida. Malah sifat antioksidannya jauh lebih tinggi daripada herba lain yang turut memiliki sifat antioksida dan jauh lebih popular dengan kesannya bagi kesihatan dan penjagaan pelvik.

Dalam perubatan Melayu tradisional, Manjakani digunakan untuk kebersihan feminin, membantu penyembuhan rahim dan menegangkan rahim semula selepas melahirkan anak, menguatkan kontraksi otot vagina dan turut mempunyai kesan antibakteria serta antikulat (anti-candida). Ia biasanya digunakan sebagai rawatan semula jadi untuk leucorrhea (masalah keputihan) dengan dengan meminumnya sebagai teh atau mengunakannya sebagai air mandian. Sifat antioksidan Manjakani diukur melalui ujian makmal ORAC> 40,000 μmol TE / g, lebih tinggi berbanding ORAC teh hijau iaitu kurang dari 1,500 μmol TE /g.

Ciri-ciri antimikrobial dan astringen herba ini juga berguna untuk masalah kulit, penyembuhan luka, parasit dan cirit-birit kronik.

Serbuk Manjakani Rainforest Herbs ini disediakan dari Kacang Gall Manjakani yang berkualiti tinggi dan dijadikan serbuk halus bagi meningkatkan aktiviti penyerapan. Tidak mempunyai bahan tambahan lain, 100% tulen semata hanya serbuk halus kacang Gall Manjakani.

Teh Manjakani: Tambahkan satu pertiga sudu teh serbuk Manjakani rata ke dalam air panas (atau tambah kepada teh pekat) dan letakkan gula kelapa Rainforest Herbs sebagai pemanis organik anda. Minum dua kali sehari. Seperti kebanyakan herba, herba ini tidak boleh diambil sepanjang kehamilan.

Douche: Amalkan Douche Manjakani untuk mengurangkan masalah keputihan yang melanda dan mengetatkan kawasan vagina. Rebus air rebusan Manjakani sehingga mendidih selama 5 minit dan menggunakan douche vagina, salurkan air rebusan tersebut (douche vagina boleh didapati di farmasi).