Sale
  • Minyak Kelapa Dara Double Active dengan resveratrol

Minyak Kelapa Dara Double Active

  • RM32.30 MYR
  • RM35.85 MYR
Title
Qty Price
Buy 1 RM32.30 MYR each
Buy 2 RM30.69 MYR each
Buy 3 RM30.04 MYR each
Buy 4 RM29.39 MYR each

Harga biasa RM35.85

Double Active VCO kami mengandungi minyak kelapa dara & anggur yang berpotensi sebagai antioksida, termasuk resveratrol – satu sinergi yang sempurna antara antioksida daripada makanan berfungsi yang terbaik.

Minyak Kelapa Dara Double Active dengan resveratrol

Antioksida adalah cara semula jadi untuk mempertahankan sel-sel (kedua-dua tumbuhan dan haiwan) terhadap serangan oleh radikal bebas. Tubuh anda terdedah kepada radikal bebas yang terhasil baik daripada proses normal metabolisma ataupun daripada toksin alam sekitar seperti asap rokok, bahan kimia dan sinaran matahari UV. Kesan sinergistik antioksida Minyak Kelapa Dara dan Anggur seperti resveratrol menghasilkan formulasi pemotongan radikal bebas yang kuat dengan peningkatan bioavailabiliti. Ini bermakna dengan hanya kuantiti Minyak Kelapa Dara yang sedikit mampu memberikan kesan antioksidan yang lebih efektif.

Biohealth Double Active VCO mengandungi 10mg antioksida anggur (resveratrol) yang berpotensi tinggi hanya dalam satu sudu teh (5ml). Kesan bioavailabiliti diperolehi adalah dua kali ganda dengan ikatan sinergistik antioksida anggur dan asid lemak rantai sederhana (MCT) dalam minyak kelapa dara. Pengambilan dos antioksida anggur dalam Double Active VCO adalah bersesuaian dengan sukatan julat dos standard antioksida yang sihat dan lebih dicadangkan berbanding dos mega yang tidak mungkin diperoleh secara fisiologi dari sumber pemakanan. Sama ada anda mengambilnya sebagai pemakanan atau penggunaan secara luaran, anda boleh membantu melindungi sel-sel anda dari kerosakan radikal bebas dan mengekalkan pertahanan antioksida selular anda.

 

  • Meningkatkan metabolisma & penurunan berat badan
  • Antioksida terpenting untuk perlindungan selular dan pencegahan kanser
  • Perlindungan daripada degenerasi sistem saraf
  • Kesihatan dan kecantikan kulit
  • Kulit yang lebih ringan dan pengurangan pigmentasi
  • Mencegah keguguran rambut dan rambut beruban

Sebagai makanan tambahan: Ambil 1 sudu teh setiap hari (5 ml = 10mg antioksida anggur).

Rasa: Produk ini mempunyai rasa minyak kelapa dara segar

Secara dalaman: Untuk kesihatan umum boleh mengambil 1 sudu makan dengan makanan.

Bagi pesakit Alzheimer dan warga tua yang ingin meningkatkan pembebasan tenaga di dalam otak, anda boleh mengambil sebanyak 2-3 kali sehari (setiap 4 jam). Dalam keadaan ini, Diet Keto Low Carb boleh membantu mempromosikan kesan ketogenik secara perlahan bagi melengkapi proses ini.

Luaran: Sapukan pada kulit dan rambut pada waktu pagi dan malam atau ketika diperlukan. Sangat sesuai untuk kegunaan bagi kecacatan kulit dan bintik-bintik gelap.

Sesuai digunakan oleh generasi muda dan tua.

Sekiranya berlaku pemendapan, goncang sebelum digunakan.

Elakkan penyimpanan Minyak Kelapa Dara di tempat sejuk atau beku kerana ini akan menyebabkan proses pemejalan berlaku di bawah 24oC. Jika ia menjadi pejal, letakkan botol produk ini ke dalam air suam sehingga ia berkeadaan cecair semula.