Bagi mendapatkan pelbagai faedah dengan menambahkan Minyak MCT dalam amalan seharian anda, terdapat beberapa fakta penting bagi memahaminya terlebih dahulu dan artikel ini adalah kesinambungan daripada kepentingan Minyak MCT yang terdiri daripada asid kaprilik (Caprylic) dan asid kaprik (Capric). Di sini kita akan lmengetahui lebih mendalam bagaimana mula menjadikan Minyak MCT sebagai bahan yang ‘perlu ada’ di dalam dapur anda serta dalam diet sekeluarga pada setiap hari!

Kita memulakan perjalanan kita dalam memperbaiki tahap kesihatan dan mengundur kerosakan yang telah mengakibatkan perubahan badan kita pada kehidupan moden abad ke-21 dengan menghidupkan kembali keadaan microbiome usus yang sihat. Ianya serupa seperti hutan hujan (rainforests) dan sungai di dunia yang telah dimusnahkan dan tercemar disebabkan kepentingan komersial yang tidak bertanggungjawab dan komuniti orang asli yang disisihkan demi kepesatan pembangunan, jadi sama juga ceritanya dengan mempunyai flora usus yang sihat telah dimusnahkan oleh kuasa yang kuat dengan penglibatan ribuan sebatian asing yang bertoksik dari pelbagai sumber seperti makanan, dadah dan alam sekitar. Ini telah membenarkan pencerobohan molekul keradangan dan gabungan lain-lain yang tidak sihat dalam bentuk bakteria, virus, kulat, parasit dan logam berat (heavy metal) yang membahayakan ke dalam wilayah yang pada asalnya didiami oleh microbe yang baik di mana mempunyai hubungan sinergi dan bergantung kepadanya apabila ia diperlukan bagi menyediakan nutrisi serta perlindungan sel.

Simptom daripada peningkatan kebolehtelapan usus dan usus bocor

MCT Oil helps to repair a leaky gut and restore a health intestinal microfloraGejala umum seperti sakit usus, angin, cirit-birit yang kronik atau sembelit, seringkali terjadinya kerengsaan usus yang telah menjadi satu perkara yang normal dimana kita  tidak sedar akan apa-apa yang bermasalah dan meneruskan kehidupan “normal” kita seperti biasa. Doktor juga tidak dapat menemui sebarang masalah walaupun pada peringkat awal dan hanya dapat mengesyorkan rawatan bersimptom dan ini boleh menyebabkan simptom tersebut bertambah buruk, mengakibatkan:

  1. Kekurangan nutrisi
  2. Penurunan imuniti
  3. Sakit kepala, ‘brain fog’, hilang ingatan
  4. Keletihan yang kronik
  5. Masalah kulit seperi jerawat dan ekzema
  6. Keinginan terhadap makanan yang manis, karbohidrat dan makanan ringan
  7. Arthritis atau sakit sendi
  8. Kemurungan, kerisauan, ADD, ADHD

Jika masalah ini tidak dapat diselesaikan, maka ia boleh menyebabkan penyakit autoimun yang serius seperti rheumatoid arthritis, penyakit seliak atau Crohn’s dan keadaan keradangan yang kronik; kencing manis, kanser, isu kardiovaskular, ketidakseimbangan hormon, gangguan sistem reproduktif dan sebagainya.

Bagaimanakah terjadinya ekosistem usus yang terganggu?

 

Intestinal premeability and a leaky gut

Sementara itu terdapat beberapa faktor yang merosakkan ekosistem usus kita pada era kehidupan moden ini, sebagai contoh antibiotik dan sesetengah jenis dadah, jangkitan serta ketidakseimbangan diet, kini difahamkan bahawa kerosakan yang utama datang dari komponen spesifik di dalam diet yang mewujudkan kerosakan utama yang meluas disebabkan oleh keadaan yang dikenali sebagai “usus bocor/leaky gut” ataupun dari istilah bukan perubatan/ bahasa yang lebih mudah digunakan oleh doktor “peningkatan kebolehtelapan usus dari persimpangan ketat enterosit”. Keutuhan lapisan usus kita berfungsi sebagai halangan utama bagi laluan makromolekul dari diet seharian kita. Ia menjadi tanggungjawab penghalang usus setelah makan, bersama-sama dengan proses pencernaan, mukus, imuniti dan mikrobioma kita bagi melindungi badan dari menyerap makromolekul dan toksik yang tidak dicerna secara lengkap yang mungkin terdapat di dalam makanan dan minuman anda ataupun hasil sampingan daripada metabolisma, dan bagi mengelakkan metabolik endotoksik dari memasuki saluran darah anda.

Berlakunya usus bocor apabila sel-sel pada dinding usus iaitu enterosit yang rosak membenarkan lubang secara mickroskopik ke dalam lapisan usus di mana sesetengah daripada kandungan usus boleh bocor memasuki ke dalam saluran darah atau sistem limfa. Permakanan makromolekul yang kerap terlibat dalam isu usus bocor adalah protein yang tidak dicerna secara keseluruhannya, dimana lektin (karbohidrat pengikat protein) dianggap sebagai salah satu pesalah terbesar buat masa sekarang.

Musuh baru permakanan anda, Lektin

Beans, soya and lentils contain some of the highest lectinsSementara gluten yang ditemui di dalam gandum, barli dan rye merupakan imun yang terkenal dengan lektin, maka kini fahaman lebih berkembang yang lebih membahayakan adalah lektin yang ditemui di dalam kekacang seperti kacang, kacang pis, kacang dhal, kacang soya dan kacang tanah serta bijirin yang lain seperti jagung, beras, oat, benih-benihan, labu, squash dan sayuran nightshade seperti terung, kentang dan tomato (sila lihat senarai lengkap dari Dr. Gundry). Lektin yang ditemui di dalam makanan ini adalah protein yang besar dimana ia mewujudkan perpecahan pada dinding usus sejurusnya membenarkan kemasukan molekul-molekul yang besar ke dalam badan kita. Walaupun dalam kadar yang sedikit tidak akan membahayakan individu yang sihat, serangan dari makanan tinggi lektin baru yang tidak pernah menjadi satu masalah pada zaman nenek moyang kita serta kesan merosakkan dari segi farmaseutikal, diet dan alam sekitar telah mendorong kepada kemerosotan sistem mikroflora usus kita.

 

Walaupun kerosakan awal disebabkan oleh lektin namun ini juga telah menyebabkan molekul lain bagi melepaskan ke laluan tersebut untuk kerosakan yang lebih lanjut, khususnya partikel dari bacteria endotoksin yang dikenali sebagai lipopolisakarida (LPS). Kini faham lah bahawasanya manusia lebih sensitif kepada LPS berbanding dengan haiwan dan ia menceroboh ke dalam dinding usus kita menyumbang kepada faktor utama pelbagai jenis penyakit, termasuk keadaan autoimun, obesiti, kerosakan hati, keadaan neurologi termasuk Penyakit Alzheimer’s dan Parkinson’s dan semestinya yang paling kerap, keradangan usus yang kronik. Lebih dari 20,000 tahun yang lalu, Hippocrates pernah menyatakan bahawa “Kesemua penyakit bermula di dalam usus” dan apabila imun sistem menyedari penceroboh ini tidak mempunyai tempat memasuki ke dalam melalui penghalang usus kita, jadinya ia dianggap seakan satu serangan dan ia memulakan satu peperangan dari tindak balas imun yang akan menggalakkan keradangan seluruh tubuh badan serta menganggu metabolisma dan fungsi imun sistem. Lihat: Wikipedia, Intestinal Permeability, bagi info lanjut.

Penyediaan makan secara tradisional bagi menyingkirkan lektin telah hilang ditelan zaman

Kadar besar lektin di dalam makanan boleh disingkarkan melalui proses fermentasi dan nenek moyang kita mengetahui akan hal ini serta telah melakukan pelbagai cara penyediaan dan masakan bagi menyingkirkan lektin yang berbahaya ini akan tetapi satu demi satu teknik yang digunakan oleh mereka telah pun diabaikan sepenuhnya disebabkan kemudahan yang ada dan pengeluaran makanan segera.

Bagi memahami perkara ini, marilah kita mengetahui tentang Quinoa, iaitu ‘superfood’ yang baru, dipasarkan sebagai benih yang bebas gluten dari Amerika Selatan dimana penduduk di Andes memakannya sebagai tambahan tenaga. Ternyata ianya jauh dari kebenaran. Secara realitinya benih-benih ini memerlukan hasil kerja yang berjam-jam bagi diproses secara tradisi dengan membakar dan membilas bagi menyingkirkan saponin yang membahayakan dan ia juga bukan boleh diambil secara kerap, malah tidak boleh diambil pada waktu malam disebabkan kesannya yang mengundang perubahan pada badan dan memburukkan lagi usus bocor! Setiap kali kita menambah permakanan baru yang tinggi lektin dimana kita ataupun nenek moyang kita tidak pernah berurusan akan isu ini, jadi kita telah mengambil langkah demi langkah mengembangkan penyakit usus bocor.

Dalam makanan tradisi budaya Asia, kacang soya seringkali dikatakan ianya melalui proses fermentasi dahulu sebelum dimakan, memusnahkan sebanyak mungkin kandungan lektin. Ini termasuk kebanyakan jenis produk soya yang difermentasi dari China dan Korea atau Miso, Tamari dan Natto dari Jepun ataupun Tempe dari Asia Tenggara. Walau bagaimanapun, pada hari ini kita kaya dengan produk berasaskan soya yang telah melangkaui secara keseluruhan proses asli fermentasi dan menggunakan sesuatu yang dikatakan makanan ajaib,tanpa disedari bahawa telah mengakibatkan dos yang berlebihan terhadap pencinta makanan sihat dan vegan dengan tahap lektin yang berlebihan pada setiap permakanan. Bagi info yang lebih lanjut tentang bagaimana lektin boleh memusnahkan kesihatan anda, disini saya menjemput anda dengan membaca Plant Paradox : The Hidden Dangers in Healthy Foods That Cause Disease and Weight Gain by Dr Steven Gundry, M.D.’

Perbaiki dinding usus anda sebelum membazirkan duit anda pada probiotik!

Selama 20 tahun yang lalu, kapsul probiotik yang mahal atau penggambilan yoghurt telah muncul sebagai fahaman bagi menangani mikroflora yang tidak seimbang. Kita telah dipengaruhi dengan mengenalkan pelbagai jenis bakteria sihat yang dimana ia akan memulihkan semula dan mengundur apa jua kerosakan apabila perlu atau selepas penggambilan antibiotik. Sesungguhnya, kaedah pemasaran ini seolah olah telah berjaya sehinggakan produk ini berada di setiap dapur rumah pada zaman moden ini. Masalah akan berlaku apabila ekosistem usus kita telah rosak dimana kita terperangkap dalam kitaran ganas dari keradangan bersama dengan mikroorganisma tetap yang menyebabkan segala campur tangan sebelum ini sebagai satu usaha yang sia-sia. Kapsul probiotik adalah sedikit mahal berbanding placebo jika anda tidak memperbaiki kerosakan usus bocor pada awalnya dan menyingkirkan penceroboh yang mengambil peluang dalam menakluki dinding usus anda yang tak ternilai. Jika anda menderita dari isu kesihatan yang kronik selama berbulan dan bertahun lama atau anda dalam medikasi farmaseutikal yang kekal dari keadaan yang sedia ada atau diagnosis dengan keradangan yang teruk atau keadaan autoimun, maka ianya dijamin bahawa mikroflora usus yang parah adalah faktor utama yang perlu ditangani sebahagian daripada program pemulihan holistik

Usus bocor dan LPS adalah jahat, jadi apa yang kena mengena dengan Minyak MCT?

Dari apa yang kita tahu, rantaian asid lemak yang unik di dalam minyak kelapa dikenali sebagai trigliserida rantaian sederhana atau ‘medium chain triglycerides/ MCT dan lemak utama yang terdapat di dalam pelbagai minyak sayuran di pasaraya adalah keradangan utama dalam menyebabkan asid lemak rantaian panjang omega 6, atau LCT, seperti minyak bunga matahari, minyak jagung, minyak kacang soya, minyak bunga kanola dan sebagainya. Kaprilik dan asid kaprik adalah 2 asid lemak rantaian sederhana unik yang secara eksklusifnya ditemui di dalam Minyak MCT yang tidak menaikkan tahap LPS disebabkan ia melalui laluan yang lain di dalam metabolisma dan menyerap secara langsung melalui vena portal dan tidak mengakibatkan formasi chylomicron, laluan yang digunakan oleh LPS bagi monopoli sekitar tubuh badan.

Jadi, bolehkah kita memasak menggunakan Minyak Kelapa bagi mendapatkan manfaatnya?

Malangya, tidak, kerana kita hendak memulihkan lapisan usus dan mencegah pencerobohan LPS yang menghancurkan imuniti dan keradangan, kita perlu memberi ruang pada sistem pencernaan bagi proses pembaikan pulih. Sementara minyak kelapa yang biasa merupakan salah satu minyak yang terdapat bagi masakan biasa kerana toleransi haba yang tinggi dan mengandungi peratusan asid lemak rantaian panjang yang rendah (yang mengoksidakan haba dengan cepat), ianya masih mengandungi sejumlah kecil Kaprilik dan asid Kaprik, dalam 15%. Komponen utama dalam Minyak MCT, asik laurik, sekitar 50% minyak kelapa tidak mempunyai kesan halangan LPS yang sama. Hanya minyak MCT yang asli sahaja mempunyai potensi 7x daripada minyak kelapa biasa dalam mencapai pemulihan usus dan sokongan tenaga mitokondria yang diperlukan bagi memulihkan kembali fungsi usus yang sihat selepas berlakunya kerosakan.

Super gut bug buster duo - Asid MCT Kaprilik dan Kaprik!

Tambahan pula, Kaprilik dan asid Kaprik adalah salah satu makanan antikulat yang paling kuat di muka bumi ini terhadap yis di dalam sistem usus seperti Candida albicans, penceroboh oportunistik yang utama apabila kita menderita daripada dysbiosis mikroflora usus. MCT ini akan membunuh Candida secara langsung dan mencegah sebarang pembetulan dan pembentukan biofilm dan ianya pencapaian yang penting sebelum kita mengambil makanan tambahan probiotik yang mahal. Kesan antimikrobial daripada Kaprilik dan asid Kaprik memanjangkan ke arah spektrum yang lebih meluas bagi bakteria gram positif dan negative, termasuk; Streptococcus spp, H.pylori, C. trachomatis, Chlamydia trachomatis, N. gonorrhoeae, E. coli, Salmonella spp, S. aureus, Cronobacter spp dan banyak lagi. Asid Kaprilik lebih berkesan sebagai antimikrobial terhadap bakteria, virus, yis dan protozoa tertentu yang dimana digunakan secara komersial sebagai pembasmi kuman ke atas permukaan makanan yang langsung dalam pengendalian makanan komersial dan sebagai ubat pembasmi kuman di fasiliti penjagaan kesihatan!

Jadi, MCT penting bagi memulihkan flora usus kami yang sihat dan mencegah usus bocor, tetapi mengapa kita perlu memasak menggunakannya bagi mendapatkan khasiat yang sepenuhnya?

 Menambahkan sesudu atau 2 sudu Minyak MCT ke dalam minuman harian/kopi merupakan permulaan yang bagus akan tetapi ianya lebih berkesan digunakan ke dalam masakan harian anda, ini kerana mempunyai kehebatan yang berganda bagi mengundurkan kembali kesan kerosakan dari bahan-bahan keradangan, jadi memasaklah dengan menggunakan Minyak MCT, sumber detoksifier yang asli bagi usus anda. Sementara ada pepatah yang mengatakan “biarkan makanan menjadi ubat anda”, ianya sama penting bagi menyedarkan bahawa kadang-kadang apa yang kita tidak makan membenarkan badan kita untuk sembuh. Jadi, apabila kita mengeluarkan minyak sayuran teroksida omega 6 dan makanan yang tinggi lektin serta memasak menggunakan kuantiti Minyak MCT yang sedikit ke dalam setiap masakan yang kita sediakan maka anda akan kagum dengan perubahan yang pantas dalam kesihatan pencernaan sekeluarga anda.

Dietary Fatty Acids, memperbaiki usus bocor

 Minyak bagi memulihkan usus bocor dan mengurangkan keradangan

Toleransi haba dalam masakan

Minyak MCT, Kaprilik dan Asid Kaprik

Tinggi, mungkin digunakan dalam setiap jenis masakan dan juga memperbaiki rasa serta kesan kesegaran makanan tersebut. Disyorkan dalam kuantiti yang sedikit, tidak perlu kuantiti yang banyak bagi merasai kesannya.

Minyak Ikan Omega 3 (tinggi DHA dan EPA), Minyak Flaxseed

Rendah, tidak dapat digunakan di dalam masakan. Diambil sebagai makanan tambah setiap harian selepas makan.

Minyak Zaitun Extra Virgin Omega 9

Rendah, boleh ditambahkan ke dalam salad atau makanan yang telah masak sepenuhnya sahaja.

 

Rainforest Herbs MCT Oil along with a lectin free diet helps repair a leaky gutMinyak sayuran Omega 6 yang biasa terdapat di pasaraya hanya akan memburukkan lagi keradangan yang berlaku sejurus waktu makan dan pakar perubatan serta pengamal sebulat suara mengesyorkan had penggunaan atau menyingkirkan ia dari diet anda (lebih lanjut disini). Bagi mengurangkan keradangan, apa yang kita perlu adalah dengan meningkatkan penggunaan minyak Omega 3 berkhasiat yang ditemui di dalam minyak ikan dan sesetengah minyak sayuran, tetapi malangnya kita tidak boleh menggunakannya untuk memasak disebabkan ia mengoksidakannya dengan cepat di bawah haba. Perahan sejuk pertama Minyak Zaitun Extra Virgin, mempunyai Omega 9 mono tidaktepu yang tinggi juga sensitif dengan haba dan ianya sesuai ditambahkan ke dalam makanan yang telah masak sepenuhnya ataupun salad. Jadi, satu-satunya pilihan yang kita ada hanyalah Minyak MCT yang asli apabila digunakan di dalam masakan melebihi masa akan membantu bagi memenuhi sasaran mengenal pasti punca usus bocor dan keradangan sistemik yang menyebabkannya.

Kami mengesyorkan setiap orang meluangkan masa seminggu atau dua pada setiap beberapa bulan dalam program pembaikan usus intensif dimana meningkatkan penggambilan sayur-sayuran, kurangkan karbohidrat, kurangkan lektin dan meningkatkan penggambilan lemak sihat di dalam diet perlu dipatuhi, herba-herba sebagai makanan tambahan dalam menyokong penyingkiran mikroorganisma di dalam usus termasuk parasit perlu dipertimbangkan juga. Jadi sebelum anda tergesa-gesa membeli probiotik tambahan sebagai jalan penyelesaian yang mudah, fikirkan lah makanan yang anda sumbangkan kepada keuarga anda sebagai faktor utama dalam menentukan persekitaran usus yang sihat. Setelah usus bersih tatkala itu pastikan makanan prebiotik ditingkatkan berikutan ditapis oleh bakteria yang berguna di dalam usus dan digunakan sebagai sumber tenaga dalam membantu meningkatkan flora usus yang sihat dengan lebih bagus.