Rainforest Minyak Kelapa MCT adalah bahan bakar tenaga alam semula jadi berbentuk cecair. Medium Chain Triglycerides (MCTs) adalah Asid lemak unik yang ditemui dalam pelbagai jenis makanan dan mempunyai kepekatan yang tinggi dalam Minyak Kelapa. Asid lemak Kaprilat (Caprylic Acid) dan Kaprat (Capric Acid) merupakan sebatian kimia yang sangat penting di dalam Minyak Kelapa namun ianya mempunyai kepekatan yang rendah dan perlu diekstrak untuk menghasil 100% Minyak MCT. Sejak kebelakangan ini, MCT telah meningkat popular kerana membekalkan tenaga alternatif kepada otak dan badan di mana kelebihannya adalah tidak bergantung kepada insulin dan mudah dicernakan. Rainforest Minyak Kelapa MCT kami mengandungi 100% MCT yang membantu penghasilan tenaga daripada pembakaran lemak dan sangatlah penting dalam mengurangkan berat badan dan Diet Ketogenik.
Perbezaan komposisi Asid lemak antara Minyak Kelapa Dara dan Minyak Kelapa MCT
Fatty Acids |
Minyak Kelapa Dara (%) |
Coconut MCT Oil (%) |
Caproic (C6:0) |
0.5 |
0 |
Caprylic (C8:0) |
7.8 |
60 |
Capric (C10:0) |
6.7 |
40 |
Lauric (C12:0) |
47.5 |
0 |
Myristic (C14:0) |
18.1 |
0 |
Palmitic (C16:0) |
8.8 |
0 |
Stearic (C18:0) |
2.6 |
0 |
Arachidic (C20:0) |
0.1 |
0 |
Oleic (C18:1) |
6.2 |
0 |
Linoleic (C18:2) |
1.6 |
0 |
Kenapa MCT sangat penting?
Rajah di kanan menunjukkan perbandingan antara perncernaan MCT dan LCT’s (Long Chain Triglycerides) yang ditemui dalam pelbagai minyak sayuran dijual di pasaraya. Jika dilihat pada rajah, Minyak MCT mudah dicernakan dan terus dihantar kepada hati untuk diproses sebagai tenaga. Manakala, LCT perlu melalui proses metabolisma yang kompleks melibatkan peredaran melalui sistem kardiovaskular dan lebih cenderung untuk disimpan sebagai lemak. Melalui peredaran teknologi terkini, kita telah didedahkan dengan pemahaman yang lebih baik tentang kepentingan lemak MCT untuk kesihatan, bagaimana proses metabolism MCT dalam badan dan pengeluaran keton yang menyokong pembakaran lemak, tenaga & kesihatan otak.
Sesungguhnya, MCT telah menjadi komponen utama digunakan dalam diet manusia sejak turun-temurun namun kian terhakis semenjak 40 tahun yang lalu kerana propaganda diet rendah lemak dan ketakutan kepada diet lemak tepu. Ini telah menyebabkan peningkatan secara drastik dalam masalah obesiti dan penyakit jantung di seluruh dunia.
Bagaimana Cara Pengambilan Minyak Kelapa MCT?
Tambah 1 sudu teh (5ml) hingga 2 sudu makan (10ml) ke dalam makanan atau minuman anda. Ia juga mungkin juga diambil secara langsung memandangkan ia mempunyai rasa agak neutral, atau boleh dicampur ke dalam minuman, salad, sos atau sup. Sekiranya anda tidak pernah menggunakan Minyak MCT atau Minyak Kelapa sebelum ini, mulakan diet anda dengan 1 sudu teh dalam minuman atau makanan. Kemudian secara beransur-ansur meningkat kepada 2 sudu teh selepas 1 minggu. Minyak MCT tidak perlu disimpan dalam suhu yang sejuk dan kekal cair pada suhu bilik.
Bagaimana Drink "Bulletproof" Dihasilkan?
Kopi ‘Bulletproof’ atau dikenali sebagai Kopi Bulletproof merupakan minuman yang sangat popular pada hari ini dan telah dijadikan sebagai sebahagian daripada langkah diet karbohidrat / lemak tinggi dan ketogenik rendah. Cara meminum kopi hitam "lemak MCT yang sihat" ini adalah pada waktu pagi pada waktu tengah hari bagi menggantikan hidangan karbohidrat biasa yang tinggi. Bahan utama kopi ini ialah Minyak MCT dan kemudiannya boleh ditambah bersama butter rumput organik, butter kelapa atau minyak kelapa dara.
Kami syorkan pada anda untuk mencuba YumYum Butter Kelapa kerana ia merangsang dan menambah serat prebiotic pada tubuh badan di mana ianya bagus untuk sister pencernaan yang sihat.
Langkah 1: Sediakan 1 cawan kopi hitam pahit (boleh digantikan dengan rendah karbohidrat smoothie atau teh).
Langkah 2: Tambah 1 sudu teh Minyak Kelapa MCT dan 2-3 sudu teh Butter Kelapa YumYum dan kacau sehingga sebati. Gandingan bersama butter kelapa amat sesuai kerana memiliki kandungan lemak yang tinggi (lebih daripada 60% lemak) ditambah dengan serat kelapa yang rasa penuh berkrim! Sila rasakan sendiri keenakkannya dan anda juga boleh mencipta sendiri resepi Kopi Bulletproof anda!
BUATAN DI MALAYSIA