THE COCONUT KITCHEN – Kepentingan kelapa sebagai ‘superfood’

Kelapa merupakan bahan utama dalam diet harian yang bersesuaian dengan iklim tropika di Malaysia serta negara Asia. Ramai yang tidak tahu kebanyakan produk makanan berasaskan dari pokok kelapa yang dikenali sebagai superfood disebabkan kepadatan nutrien yang unik dan kebolehannya dalam menyokong imuniti, metabolisma yang sihat, penurunan berat badan serta manfaat yang lain.

santan untuk kesihatanSantan satu-satunya produk dari kelapa yang boleh dibuat sendiri hanya dengan memarut isi kelapa dan perah susunya dengan cara menggunakan tangan atau kain. Cara ini hanya memerlukan masa yang singkat dan digunakan dalam pelbagai jenis hidangan tropika yang kaya dengan rasa kelapa yang memuaskan. Lebih banyak santan segar dapat dihasilkan apabila mempunyai sumber kelapa yang banyak dengan memanaskan serta disejat sehingga terhasilnya lapisan minyak kelapa. Lapisan minyak ini dikaut bagi tujuan memasak dan menggoreng. Selain itu, kerisik dihasilkan daripada kelapa yang diparut serta digoreng tanpa minyak yang digunakan dalam resepi masakan yang enak.

Kebanyakan negara Asia tropika menggunakan minyak kelapa sebagai satu-satunya minyak sayuran dalam masakan sehingga pertengahan abad ke-20 akan tetapi sehingga kini, minyak sayuran yang diproses menjadi pilihan meskipun asid lemak Omega 6 (daripada jagung, safflower, bunga matahari, kanola, soya, kacang dll) berbahaya serta pengambilan yang berlebihan mengakibatkan keradangan seperti artritis, kencing manis dan obesiti.

Bunga dari pokok kelapa mempunyai kandungan glikemik yang rendah dapat dihasilkan dengan penuaian ‘sap’ dari kelapa yang mengalir keluar daripada bunga kelapa muda apabila dipotong, dan menyejatkan cecair ini dalam masa yang singkat menggunakan api yang perlahan bagi menghasilkan gula ataupun cuka dengan melalui proses penapaian secara semulajadi. Gula yang terhasil secara semulajadi dari bunga pokok kelapa dan spesies kelapa sawit yang lain menjadikan ia sebagai bahan asas yang boleh didapati di seluruh Asia Tenggara khususnya digunakan di dalam manisan dan pencuci mulut yang dapat dinikmati semasa musim perayaan sahaja. Maka, terhasil lah diet yang sihat secara tradisional dengan menggunakan produk berasaskan kelapa.

Kepentingan kelapa sebagai ‘superfood’Diet berasaskan tradisional lebih bagus jika dibandingkan pada zaman sekarang yang lebih menyumbang ke penyakit kronik dan obesiti disebabkan keterlaluan dalam penggunaan gula putih yang telah diproses serta minuman manis, minyak sayuran lemak poli-taktepu dan bijirin di mana tidak wujud pada zaman dahulu. Kebelakangan ini, kita dapat melihat minat yang mula ditanam terhadap produk diperbuat dari pokok kelapa dan bermodenkan teknologi yang ada dapat menghasilkan ‘superfoods’ berasaskan kelapa seperti minyak kelapa tanpa bau, dinikmati di negara bertropika serta seluruh dunia.

KENAPA MEMASAK MENGGUNAKAN MINYAK KELAPA?

Kini, dua jenis utama iaitu minyak kelapa dara dan minyak kelapa tanpa bau telah memasuki dunia masakan disebabkan faktor kesihatan yang memberangsangkan, dimana  telah djelaskan sebentar tadi secara mendalam akan tetapi boleh diringkaskan seperti berikut:

  • Kaya dengan MCT yang menyokong fungsi asas di dalam badan termasuk tenaga, cepat kenyang, metabolisma dan penurunan berat badan
  • Tahan oksida yang tidak menyumbang kepada pembentukan radikal bebas toksik, keradangan dan arterioklerosis sepertimana memasak menggunakan minyak sayuran lemak poli-taktepu Omega 6
  • Rendah alergen dan sesuai bagi diet bebas tenusu, vegetarian dan makanan mentah.
  • Menyokong perubahan diet kepada rendah kalori tinggi lemak atau diet ketogenik

Kepentingan kelapa sebagai ‘superfood’

Walaupun kebanyakan orang menambah Minyak Kelapa Dara Organik sebanyak satu sudu besar di dalam minuman, para pengamal kesihatan dan chef mengesyorkan bagi menggantikan ia dengan minyak sayuran poli-taktepu yang diproses di dalam setiap masakan.

Bezanya adalah minyak ini diperbuat daripada kelapa segar yang di perah sejuk isinya dengan menapis bagi mengeluarkan minyak yang jernih dengan haruman kelapa, manakala Minyak Kelapa tanpa bau diperbuat daripada kelapa kering dan dihantar ke kilang memproses minyak kelapa dengan mengestrak di mana minyak ini melalui proses penapisan, pelunturan dan menyah bau. Minyak kelapa ditapis yang bergred tinggi dihasilkan dengan 100% pengekstrakan secara fizikal tanpa menggunakan sebarang kimia sepanjang proses tersebut dan hanya segelintir kilang minyak di dunia yang mendapat sijil organik bagi proses ini. Jika minyak kelapa yang anda gunakan dalam masakan tidak diiktiraf organik, maka ia diproses melalui pengestrakan kimia yang murah.

Kulit kelapa yang berwarnakan coklat juga digunakan bagi memproses minyak kelapa dan menghasilkan warna kekuningan berbanding dengan minyak kelapa dara (kulit kelapa dibuang sebelum diperah sejuk) yang jernih. Setiap jenis minyak kelapa akan membeku apabila suhunya mencecah bawah 24⁰C dan hanya boleh dicairkan dengan merendam botol di dalam air panas.

Kedua-dua jenis minyak kelapa ini stabil dan tahan suhu yang tinggi membuatkan ia pilhan yang ideal bagi memasak, membakar, memanggang serta menggoreng. Disebabkan Minyak Kelapa Dara mempunyai aroma yang kuat, minyak ini mungkin tidak sesuai digunakan di dalam semua jenis masakan. Minyak ini popular dalam masakan Asia seperti kari atau rendang yang kaya dengan rasa kelapa serta rasa ‘butter’ yang lazat bagi baking dan pencuci mulut. Jadi, sentiasa memilih VCO dengan aroma yang segar dan Minyak Kelapa Organik tanpa bau boleh digunakan di dalam setiap masakan dengan memberi rasa ‘butter’ walaupun tidak memberi rasa kelapa tetapi menjadi kesukaan seisi keluarga!

KEPENTINGAN TEPUNG KELAPA

Kepentingan kelapa sebagai ‘superfood’

Mempunyai warna krim lembut dan kandungan lemak yang rendah, sisa fiber yang tinggi terdapat pada isi kelapa segar yang telah diekstrak bagi proses Minyak Kelapa Dara. Selepas itu, ia akan dikisar halus dan sedia digunakan sebagai alternatif tepung dalam semua jenis ‘baking’ kerana mempunyai indek glikemik (GI) yang rendah serta bebas gluten. Roti dan kek yang dibakar menggunakan tepung seperti beras atau gandum mempunyai indek glikemik yang semakin tinggi jika tepung tersebut melalui proses penapisan yang berterusan. Gluten di dalam gandum dianggap sebagai bahan alergen dan keradangan yang utama pada diet moden dan membuka peluang yang cerah bagi diet bebas gluten dimana tepung kelapa melengkapi keperluan ini. Tinggi fiber di dalam tepung ini juga menggalakkan kesihatan usus serta rasa kelapa yang lembut dan kemanisannya menambah kesedapan dalam resepi masakan.

Tepung kelapa boleh dicampurkan dengan tepung bebas gluten yang lain seperti badam, ubi kayu dan ubi kayu manis ataupun hanya tepung kelapa sahaja. Cuba produk kami Campuran Kek dan Roti Keto yang menggabungkan Tepung Kelapa dengan tepung Psyllium serta flaxseed. Tepung Kelapa menyerap cairan lebih banyak berbanding tepung bijirin yang lain, langkah berjaga-jaga perlu diambil dengan mengurangkan kuantitinya sebanyak satu pertiga jika menggantikan tepung biasa dengan tepung kelapa. Selain itu, tanpa gluten dimana merupakan bahan yang ‘mengikat’ sepertimana di dalam tepung gandum, maka resepi yang menggunakan tepung kelapa memerlukan telur bagi ‘mengikat’ adunan supaya tidak mudah terlerai. Rahsia menghasilkan roti dari tepung kelapa ialah dengan dengan memukul telur putih sehingga gebu dan dimasukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan roti. Tepung kelapa dikisar sehingga halus dan mempunyai kandungan lemak sebanyak 14% yang sesuai dalam masakan berbanding dengan kelapa parut yang kemungkinan mempunyai lemak yang tinggi atau rendah serta mempunyai ketulan kecil dan kelembapan yang tidak sesuai bagi menggantikan ia sebagai tepung.

Pes Kelapa Butter

PES KELAPA

Pes kelapa diperbuat daripada sejatan 100% dari kelapa yang segar tanpa sebarang penambahan dan mengandungi Minyak Kelapa Dara serta isi kelapa yang telah dikisar halus dan kaya dengan fiber, protein dan mineral yang menjadikan masakan bertambah sedap dengan rasa kelapa manis serta memberi faedah kepada tubuh badan kita. Bukan sahaja boleh disapu pada roti atau dimakan begitu sahaja, malah boleh ditambah ke dalam masakan kegemaran anda ataupun di dalam kek bebas gluten serta buah-buahan bagi menambahkan rasa manis semulajadi.

GULA KELAPA – Gula semulajadi rendah glikemik

Gula Kelapa - Kepentingan kelapa sebagai ‘superfood’Kebanyakan daripada mereka terkejut buat kali pertama apabila mengetahui bahawa gula dari kelapa tidak mempunyai rasa kelapa ini kerana ia dihasilkan daripada sap bunga pokok kelapa yang telah disejatkan dan bukan daripada buah kelapa. Pakar diet serta chef mengesyorkan gula ini sebagai alternatif yang lebih sihat bagi menggantikan kesemua gula putih dan gula perang yang diproses serta pemanis yang ada di dalam dapur anda. Indek glikemik di dalam Gula dari Bunga Kelapa hanya sebanyak 35 (sama dengan lobak merah) dimana gula lain seperti pemanis dari tebu, gula putih yang ditapis, gula perang, ‘molasses’, dan pemanis jus tebu yang dihidrasi mempunyai indek glikemik yang tinggi di antara 55 ke 100. Sebab kenapa gula kelapa mempunyai indek glikemik yang rendah kerana molekul gula terikat secara padat yang kaya dengan mineral dan nutrien yang hanya memecahkan molekul ini secara perlahan di dalam usus dan tidak mengakibatkan kenaikan yang mendadak bagi insulin serta kemerosotan gula dalam darah. Jadi, makanan yang berasaskan indek glikemik yang rendah sememangnya penting bagi diabetik dan bagi sesiapa yang ingin menurunkan berat badan. Jangan keliru antara gula kelapa asli dengan gula perang komersial ataupun Gula Melaka dimana gula ini dicampur dengan bahan lain dan dalam proses terakhir pemprosesannya ditambah gula putih.

Rasa gula kelapa sama seperti gula perang dengan sedikit rasa karamel dan boleh digunakan bagi menggantikan gula putih dalam kesemua resepi sebagai asas 1:1 di dalam minuman, kek dan pencuci mulut. Gula kelapa ini boleh didapati dalam dua bentuk; gula pasir dan sirap madu dan kedua-duanya digunakan bersilih ganti.

CUKA KELAPA - Ubat mujarab dengan pelbagai manfaat kesihatan

Cuka Kelapa Organik mungkin produk yang kurang mendapat sambutan berbanding produk berasaskan kelapa yang lain. Keseimbangan pH yang unik di dalam asid asetik menyerap gula kelapa (dari air kelapa organik) yang menyokong fungsi pencernaan yang sihat, gula dalam darah, penurunan berat badan, keseimbangan kolesterol, detoksifikasi dan banyak lagi faedahnya. 

Berubah ke COCONUT KITCHEN yang ‘superfood’

Kepentingan kelapa sebagai ‘superfood’‘Superfoods’ kelapa ini menghasilkan rasa kelapa yang menakjubkan, pada masa yang sama menyokong kesihatan melalui nutrien yang padat dengan indek glikemik yang rendah dan memberi impak minimum terhadap insulin, menyokong sistem pencernaan dan usus serta menunjukkan hasil yang memberangsangkan dalam merawat pelbagai jenis penyakit, termasuk diabetes, Alzheimer, sindrom metabolisma, keletihan yang kronik, obesiti, ketidakseimbangan imun, sensitiviti terhadap gluten serta penyakit seliak, Sindrom Rengsa Usus/Irritable Bowel Syndrome (IBS) dan yang lain. Bagi mendapatkan manfaat yang maksima, jadi kita perlu mengurangkan penggunaan minyak sayuran Omega 6, gula yang mempunyai gula glikemik yang tinggi serta pemanis, tepung yang ditapis, roti, dan produk bakeri serta pelbagai jenis makanan diproses diperbuat daripada produk yang ditapis dan kaya dengan bahan kimia tambahan. Proses peralihan kepada diet yang lebih sihat bermula apabila anda membeli makanan ini buat keluarga dan menyimpannya di dalam kabinet dapur anda. Sekiranya makanan diproses menjadi keselesaan buat kita dengan berada di dalam kabinet dapur jadi kebiasaan bagi mereka untuk memasak makanan yang tidak membantu dalam menjamin kesihatan dalam jangka masa yang berpanjangan.

Adakah anda mencari inspirasi bagi masakan yang enak buat keluarga tersayang? Bagaimana pula dengan kari udang dan kubis bunga dengan pes kelapa? Ataupun mungkin kek pisang kayu manis dengan kelapa? Atau brownie coklat beri biru dengan kelapa? Hanya dengan imaginasi anda, kesemua resepi ini mudah apabila kita mempunyai ‘superfoods’ berasaskan kelapa di dalam pantri dapur. Dengan pengalaman yang ada, kita boleh belajar untuk menyesuaikan mana-mana resepi yang ada dan menggantikan produk yang mempunyai GI yang tinggi sama dengan GI yang rendah di dalam kelapa atau ambil jalan yang mudah dengan mencari beratus jenis resepi berasaskan kelapa, rendah karbohidrat dan bebas gluten di dalam laman sesawang.